seismik

Tak Pandai Masak & Kuat Online Shopping, Suami Pulangkan Isteri Kepada Orang Tuanya Semula

Aduh, dah macam main return barang pula.

Cover image via @dipandang_sebelah_mata (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, memiliki seorang isteri yang pandai memasak dan cekap mengemas rumah sudah menjadi impian ramai lelaki di luar sana

Namun, ada segelintir orang terlupa bahawa isteri bukanlah orang gaji yang boleh diperintah untuk melakukan apa sahaja.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang suami memulangkan semula isteri ke pangkuan orang tua isterinya telah mencuri tumpuan.

Difahamkan, lelaki tersebut bertindak sebegitu rupa kerana isterinya dikatakan tidak pandai memasak, tak pandai mencuci baju dan tak pandai melakukan apa pun tetapi hanya pandai 'online shopping' sahaja.

"Saya kembalikan kamu kepada ibu kamu ya. Saya menikah dengan kamu tak pandai apa-apa. Tak pandai masak, tak pandai mencuci, tak pandai semuanya.

"Saya menyesal menikah dengan anak ibu, saya sudah habis banyak duit. Dia tak pandai buat apa-apa, cuma pandai berbelanja online. Apa yang saya dapat?" kata lelaki itu.

Malah, lelaki itu juga lantang bersuara dan berkata kepada ibu mentuanya yang tidak mengajar anak perempuannya tentang cara menguruskan rumah seperti memasak, mencuci pinggan dan mengemas rumah.

Ibu mentua lelaki itu memarahinya kerana menyangkakan bahawa anaknya harus diperlakukan seperti orang gaji tetapi lelaki itu meluahkan bahawa dia teringin untuk merasai air tangan isterinya dan bukannya dipersembahkan dengan wajah cantik semata-mata kerana mereka mahu hidup sehingga ke hari tua.

"Dulu kamu tergila-gila dan mencintai dia seadanya tapi apa sekarang ini? Kamu ingat dia pembantu?" kata ibu mentua lelaki itu.

"Cinta harus menerima apa adanya" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 11.4M tontonan, 283.2K tanda suka dan 5.6K komen di TikTok, netizen turut menzahirkan rasa sedih mereka.

Berikut merupakan antara komen-komen netizen di TikTok:

Harap mereka boleh lah bincang elok-elok.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: