seismik

Lelaki Excited Kedai Makan Di Indonesia Banyak Pasang Lagu Raya Dari Malaysia

Lagu raya Malaysia mendunia!

Cover image via @arielketum (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila tiba hari raya, lagu raya sudah menjadi perkara penting yang perlu dimainkan

Iyalah, orang kata nak ada vibes raya itu datang betul tak? Tak sah rasanya kalau kita tak pasang lagu raya.

Di Malaysia saja, banyak lagu raya kita boleh dengarkan seiring dengan zaman. Malah, lagu raya sekarang semakin mendapat sambutan ramai.

Namun, lain pula situasi yang dihadapi lelaki ini apabila dia berkongsi momen ketika berada di Indonesia.

Kedai makan pasang lagu raya Malaysia

Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu lelaki berkenaan sedang berada di sebuah kedai makan di Indonesia.

Sedang asyik dia menjamu selera, tiba-tiba dia terdengar kedai berkenaan memainkan lagu-lagu raya dari Malaysia.

Malah, kedai tersebut turut memainkan lagu raya yang sedang hangat di Malaysia. Perkara itu membuatkan dia kelihatan agak teruja.

"Kawan-kawan Indo cerita kat aku. Lagu raya Malaysia Karen katanya" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 108.2K views, 4,918 likes dan 137 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@arielketum TIL orang memang paling suka lagu raya , sama ada zaman P. Ramlee atau zaman Tokti atau zaman sekarang #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #aidilfitri #eidmubarak Ketipak Ketipung Raya - Aisha Retno & Aziz Harun

Lagu-lagu raya Malaysia memang banyak yang best pun :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: