seismik

Jangan Buang Resit KFC, Ada Diskaun Ayam Goreng Yang Menanti!

Lepas ni selalulah makan ayam KFC!

Cover image via SAYS

Selalunya selepas kita membeli makanan di KFC, resit yang kita dapat tu pasti akan kita campak ke dalam tong sampah kan?

Image via dom-eda.com

Kalau tidak pun, pasti kita akan 'peram' di dalam beg duit sehinggalah tahun hadapan. Bila rasa beg duit dah tebal, barulah kita kemas dan buang resit-resit yang tak ada guna lagi tu.

Tetapi tahukah anda bahawa terdapat diskaun ayam KFC yang menanti pada resit tersebut? Tak percaya? Jom ikuti perkongsian lelaki bernama Ahmad Wazir Aiman ini.

[Jangan buang resit KFC! Diskaun Ayam menanti]

Ramai mungkin tak perasan nota di bawah resit pembelian KFC namun bagi saya, saya dah perasan iklan diskaun ni sejak tahun lepas lagi memandangkan saya pemakan ayam yang tegar dan KFC sering menjadi tempat saya memuaskan nafsu (untuk makan ayam).

Sebaik sahaja anda peroleh resit KFC, semak laman sesawang yang dinyatakan di dalam resit tersebut iaitu www.kfc.com.my/feedback dan lengkapkan maklumbalas di laman tersebut dalam masa 3 hari daripada tarikh resit itu diisukan.

facebook.com

Pastikan anda menyimpan resit tersebut kerana sebaik sahaja anda selesai mengisi maklum balas, kod validasi akan diberikan dan boleh dicatat ke atas resit (di ruang kosong).

Kod tersebut untuk pembuktian yang anda telah mengisi maklumbalas. Bawa resit tersebut untuk menebus diskaun 10% untuk pembelian 3 ketul ayam yang laku untuk Eat in atau take away (RM 12.15) Tempoh penebusan pula laku dalam tempoh 30 hari selepas resit asal diisukan.

UPDATE: Tawaran di bahagian bawah resit ini juga boleh didapati di Franchise makanan lain seperti Subway dan Pizza Hut jadi rajinkan diri untuk baca resit anda.
Selamat makan ayam.

#cheapskate101

facebook.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cakap pasal ayam goreng, anda dah cuba resipi ayam goreng spicy ini?

You may be interested in: